assalamualaikum..
post ni ana dapat dari web www.buletinsribangsar.com .kalo sesaper dah bace takper.ni ana kasi org yg blom bace jer.kalau orang yg dah bace nak bace lagi takperr
Tajuk: ZAREENABILA
Nabila termenung sendirian memikirkan dirinya dan Zareen. Zareen ialah bekas kawan baiknya. Mereka pernah rapat sewaktu kecil. Tapi kini, hanya Zareen yang cuba mendekati Nabila. Entah kenapa, Nabila membenci Zareen walhal Zareen amat mencintainya. Zareen seorang yang tampan. Begitu juga Nabila, dia seorang yang manis dan cantik. Jika dipadankan kedua-duanya, bagai pinang dibelah-belah! 'Tut..!' bunyi mesej dihantar. Nabila mula berchatting dengan Zareen.
Zareen: Salam, Ila. Kau tengah buat apa?
Nabila: Tak buat apa-apa pun.
Zareen: Betul ke? Entah-entah kau fikirkan aku, tak? Gurau je!
Nabila: Kau jangan nak perasan, Reen!
Zareen: Ala, sekali-sekala aku perasan.
Nabila: Ah, sudahlah! Aku pening dengan kau.
Zareen: Marahnya! Kenapa ni?
Nabila: Tak adalah. Exam-kan dah nak dekat.
Zareen: Ai, sejak bila kau takut nak exam ni? Bukan ke kau pelajar paling bijak di sekolah?
Nabila: .......
Zareen: Kenapa diam?
Nabila sudah keluar dari ruangan chat itu. Zareen kehairanan. 'Ah, biarlah dia.' getusnya dalam hati. Petang itu, petang Sabtu Zareen keluar ke taman rekreasi. Dia terlihat Nabila turut berada di sana. Nabila sedang berjalan menuju ke arah pohon yang biasa menjadi tempat dia membaca. Tiba-tiba, Nabila tersepak batu dan jatuh tersembam. Zareen segera mendekati Nabila. "Kau okey ke?" soalnya sambil cuba membantu Nabila bangun. Nabila menepis tangan Zareen. "Jangan sibuk," balasnya kasar. Nabila kemudiannya duduk di bawah pohon kegemarannya. "Janganlah sombong dengan aku. Aku cuma nak tolong kau je," Zareen berkata lembut. Nabila hanya diam. "Tak apalah. Aku pergi dulu, ya," Zareen berlari ke arah rakan-rakannya yang sedang bermain bola sepak. "Aku join boleh?" soalnya. "ZAREEN! Boleh, boleh! Kau amat dialu-alukan! Hehehehe," Firdaus si kaki bola berseloroh. Kemudian, Zareen dan kawan-kawannya bermain dengan lincah. Nabila hanya memandang. Sedang dia melihat perlawanan bola itu, bola yang ditendang menuju ke arahnya. "Nabila, tunduk!" jerit Zareen. Nabila tidak sempat menunduk, bola itu terkena mukanya. Bibirnya berdarah. "Woi, main dululah!" Zareen menerpa ke arah Nabila. "Kau okey? Maaf," Zareen cuba melihat bibir Nabila yang berdarah itu. "Sudahlah, kau asyik sakitkan aku je hari ni!" kata Nabila kasar lalu meninggalkan Zareen. Zareen mengeluh. 'Bila masa pula aku sakitkan dia? Bola tu pun bukan aku yang sepak. Aduh,' bisik Zareen sendirian. Dia berjalan pulang.
Esoknya, di sekolah Zareen masuk ke kelas seperti biasa. Dilihatnya Nabila sudah lama sampai. Bibirnya sedikit bengkak. Zareen mengeluh. "Nabila, kau okey tak?" soalnya. "Kau nampak aku okey ke? Kau tak payah kisah pasal akulah! Just mind your own business!" kata-kata Nabila itu amat mengguris hati Zareen. Tapi, dia hanya tersenyum hambar. "Reen, sabarlah," sahabat karibnya, Irfan menenangkan Zareen. "Entah sampai bila aku harus sabar, ya?" soalan Zareen itu membuatkan Irfan menepuk-nepuk bahu kawannya itu. Mereka berdua meninggalkan kelas. "Mereka ke mana, ya?" soal Nabila tanpa sedar kawan baiknya, Sarah terdengar soalan itu. "Kenapa tanya? Bukan ke kau marah dia tadi?" Sarah menyampuk. Nabila memandang Sarah. Nabila hanya tersengih. Tiba-tiba Zareen dan Irfan masuk kembali ke kelas sambil ketawa. "Buat lawak pula kau, Fan! Petang ni betul nak jumpa di taman?" tanya Zareen setelah tawanya reda. "Ya, aku bawa adik aku sekali, Iffah," jawabnya. "Iffah? Er, tak payahlah! Kau je datang, okey?" Zareen amat takut dengan Iffah yang tergila-gilakannya. Lagipun, dia hanya mencintai Nabila. Irfan ketawa terbahak-bahak. "Ketawa pula kau?!" marah Zareen. "Rilekslah, Reen. Aku jamin adik aku takkan kejar kau macam hari tu. Dia budak baik sekarang," Irfan masih tersenyum. Zareen memandang sekilas ke arah Nabila. Kelihatan Nabila sedikit cemburu.
"Aku tak nak bagi Nabila cemburu," bisik Zareen ke telinga Irfan. "Woi, dia tu tak sukakan kau pun! Apa hal dia nak cemburu pula?" Irfan sudah naik angin dengan Zareen. "Sudahlah! Kau tu perasan lebih je!" Irfan terus keluar dari kelas. 'Pasal perempuan, dia sanggup hampakan aku!' getus Irfan di dalam hati. Zareen cuba mengejar Irfan. "Fan, aku minta maaflah!" laung Zareen, namun langsung tidak diendahkan oleh Irfan. Dia kembali ke kelas, sambil memandang Nabila. "Sarah, sini kejap," panggil Zareen. "Apa?" Sarah menuju ke arah Zareen. "Pinjam nota Geografi kau," pintanya. Sarah mencapai buku notanya dan menyerahkan kepada Zareen. "Thanks!" ucap Zareen. Dia meneliti nota-nota yang ditulis Sarah. Lengkap. "Nah, ambil balik. Terima kasih sekali lagi," ujar Zareen perlahan. Nabila terkilan kerana Zareen langsung tidak menghiraukannya. Biasanya, Zareen akan meminta nota Nabila. Tapi, Nabila jual mahal dan Zareen akan pinjam Sarah punya. 'Dia dah bosan dengan perangai aku ke?' soalnya dalam hati. Irfan masuk ke dalam kelas, mukanya masam. "Fan, aku minta maaf. Aku bukannya nak hampakan kau. Aku hanya tak nak jumpa adik kau," Zareen mendekati Irfan. Irfan buat tidak tahu. Zareen mengeluh. Tiba-tiba, Puan Fauziah, guru Geografi mereka masuk ke dalam kelas 5 Alpha. "Bangun!" ujar Zareen, selaku ketua kelas. "Selamat pagi, cikgu!" ucapnya lagi kemudian diikuti rakan-rakan sekelasnya. "Selamat pagi, semua. Duduk," kata Puan Fauziah yang terkenal dengan sifat penyayangnya. Dilihatnya wajah Zareen dan Irfan agak kelat. "Zareen dan Irfan, awak berdua okey ke?" alangkah terkejutnya mereka apabila guru itu dapat mengecam kesusahan hati mereka.
"Ka... Kami okey, cikgu," jawab Zareen tergagap-gagap. Puan Fauziah meneruskan pengajarannya. Kemudian, sebelum dia melangkah keluar, "Zareen dan Irfan, jumpa saya di bilik guru sekarang," ujarnya. Zareen dan Irfan berpandangan dan terus ke bilik guru. "Duduk," kata Puan Fauziah. Mereka hanya menurut. "Awak berdua ada masalah?" soalnya. Irfan menggeleng. "Awak boleh tipu orang lain, tapi bukan saya," Puan Fauziah tersenyum. "Zareen, awak pelajar cemerlang, tahu! Saya selalu perhatikan awak, kalau guru mengajar, awak tumpukan perhatian penuh. Awak juga selalu senyum. Hari ni? Pagi-pagi lagi muka awak masam kelat, mesti ada masalah, kan? Irfan? Awak selalu berjenaka kalau saya masuk pagi-pagi. Kenapa hari ni diam? Muka awak yang selalunya periang dah bertukar jadi masam," ujar Puan Fauziah lembut. "Sebenarnya...aa...kami gaduh," Irfan membuka mulut. "Semuanya salah saya, cikgu. Pasal perempuan saya sanggup hampakan kawan saya ni," Zareen mengeluh kesal di akhir ayatnya. Irfan terkejut mendengar pengakuan Zareen. "Kami sama-sama salah," Irfan menambah. "Saya yang lebih-lebih sebenarnya," tambah Irfan lagi. "Hmm... Baguslah awak mengaku kesalahan awak berdua. Lepas ni, jangan gaduh lagi. SPM dah dekat," kata Puan Fauziah sambil tersenyum. Irfan dan Zareen meminta diri dan kembali ke kelas. "Reen, aku minta maaf, ya?" Irfan bersuara setelah beberapa ketika mereka berdiam diri. "Yalah," balas Zareen sepatah. "Kau marah aku ke?" tanya Irfan. "Entah..." balas Zareen acuh tak acuh. "Cakaplah, Reen. Ke kau kecewa dengan Nabila sebab sikap dia terhadap kau?" soalan Irfan itu membuatkan Zareen mengeluh. "Sabarlah, Reen. Aku yakin, suatu saat nanti pasti dia sangkut juga dengan kau. Sekarang ni, you just ignore her for a little while until we end our SPM, okey?" Irfan cuba memberikan semangat. "Okey!" kata Zareen bersemangat.
Sejak itu, Zareen dan Irfan asyik berkepit. Mereka sibuk mengulang kaji pelajaran memandangkan SPM hanya tinggal beberapa bulan lagi. Nabila pula merasa Zareen semakin menjauhkan diri. Hatinya tidak tenteram tanpa Zareen. Dalam diam, dia juga mencintai Zareen. "Sarah, kau rasa Zareen masih sukakan aku tak?" soalnya ketika mengulang kaji di rumah Sarah. "Entahlah, aku tengok dia semakin menjauhkan diri dari kau. Sabarlah, aku rasa dia nak fokus SPM tu. Aku nampak sekarang ni dia asyik berkepit dengan Irfan, cari bahan studi. Kau pun satu, dia sungguh-sungguh berkenan dengan kau, kau jual mahal! Sekarang, siapa yang merana ni? Dahlah, kita tunggu lepas SPM nanti. I'm sure he'll try to win your heart again," Sarah memberi kata semangat. Nabila tersenyum. Tiba hari menjawab peperiksaan SPM, masing-masing menjawab dengan tenang kerana sudah bersedia 100%. Hari terakhir SPM, Zareen dan Irfan keluar dari dewan peperiksaan dengan senyuman. "Aku yakin kita dah buat yang terbaik," ujar Irfan. "Ya," balas Zareen. Semenjak peristiwa Nabila melayannya dengan kasar, dia menjadi lebih pendiam. "Eh, sekarang SPM dah lepas. Macam mana kau dengan Nabila?" soal Irfan. "Ala, kau ni Irfan. Kacaulah! Aku baru je lupakan dia, kau ungkit nama dia. Aku seronok betul dapat studi betul-betul sampai lupakan pasal dia. Kau ni memang suka meruntuhkan keseronokan aku," Zareen tersengih. Nabila terdengar ucapan Zareen itu. Dia terus melarikan diri. Sarah mengejarnya. Irfan dan Zareen juga melihat kejadian itu. "Ha, tulah kau! Mulut celupar!" sindir Irfan. "Biarlah, dia bukan suka aku pun, kan? Kau sendiri cakap hari tu," balas Zareen selamba. Irfan sedikit terkejut. Mereka menuju ke dewan makan. Tidak ramai orang di situ. "Weh, kenapa kau cakap macam tu tadi? Kau jumpa orang lain ke?" setelah beberapa ketika, barulah Irfan bertanya. "Aku dah lama sukakan dia. Aku ikhlas suka dekat dia. Dah berapa kali aku cuba untuk ambil hati dia, tapi tak berjaya. Sekarang ni aku tak yakinlah nak cuba lagi," balas Zareen. Mukanya ternyata menunjukkan kekecewaan.
"Reen, janganlah putus asa macam tu. Cuba lagi!" Irfan menepuk-nepuk belakang Zareen. "Aku rasa tak sempat," Zareen memandang Nabila yang nun jauh di sana tetapi masih di dewan makan. "Kenapa?" Irfan kehairanan. "Malam ni aku akan ke Jepun," Zareen melepaskan keluhan berat. "WHAT?!?!?!?!" suara Irfan membuatkan Nabila dan Sarah memandangkan ke arahnya. Namun, Irfan tidak menghiraukan semua itu. "Woi! Kau gila ke? Kenapa tak cakap awal-awal? Kau dah beritahu Nabila ke belum? Buat apa kau ke sana?" Irfan hampir tidak percaya dengan tindakan Zareen itu. "Aku ikut keluarga aku melawat nenek dan atuk aku di sana. Tiga bulan. Actually, my parents suruh aku buat pilihan nak pergi ke tak nak. Aku cakap aku nak ikutlah atas alasan rindu dengan nenek dan atuk. Tapi, sebenarnya aku nak ubatkan hati aku yang terluka ni," kata Zareen sebak. "Kau memang boleh lari dari Nabila, tapi kau takkan sekali-kali boleh lari dari masalah," Irfan meninggalkan Zareen keseorangan. "Fan, kau tak nak lepak dengan aku buat kali terakhir ke pada tahun ni?" ujar Zareen. Irfan terhenti langkahnya. Sebenarnya, dia sendiri kecewa dengan keputusan Zareen. Dahlah Zareen tidak beritahunya awal-awal. "Reen, kau sahabat karib aku. Tapi kenapa kau tak beritahu aku awal-awal kau nak ke sana? Aku sebenarnya kecewa dengan kau. Kau putus asa macam tu je," Irfan kembali duduk di sebelah Zareen. "Kan aku dah cakap, aku nak ubatkan hati yang terluka ini. Lagipun, tiga bulan je," Zareen tidak sedar Nabila ada di belakangnya. "Tiga bulan bukannya lama, aku telefon kau seminggu empat kali, okey? Hehehehehe," tambahnya lagi. "Eh, Pak Mat dah datanglah. Aku balik dulu. Malam ni kalau kau nak tengok aku berlepas, datanglah ya! Pergi dulu," ucap Zareen lalu terus menuju ke arah pemandunya. Dia pusing untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Irfan, namun alangkah terkejutnya dia melihat Nabila turut sama berada di situ. Dia hanya mengeluh. 'Selamat tinggal, Nabila sayang...' bisiknya.
*******
Sudah dua bulan Zareen menetap di rumah neneknya di Hiroshima. Satu malam, dia membuka Yahoo Messenger! yang sudah lama tidak dibukanya. Dilihatnya beberapa orang temannya sedang online. Tiba-tiba, Nabila menghantar mesej kepadanya.
Nabila: Assalamualaikum, Reen...
Zareen: Waalaikumussalam.
Nabila: Kenapa kau tak beritahu aku kau akan ke Jepun? Kau pun dah tak online dua bulan!
Zareen: Maaflah, aku tak beritahu kau. Tak sempat.
Nabila: Dengan Irfan sempat pula?
Zareen: Kan dia kawan baik aku? Lagipun masa tu, kita tak rapat dah, kan?
Nabila: Kau yang menjauhkan diri dari aku...
Zareen tidak dapat menjawab. Dia sendiri hairan mengapa Nabila begitu sedih mengenangkan dirinya. Dia kembali membalas mesej Nabila.
Zareen: Okeylah tu. Aku jauhkan diri dari kau. Kau bukannya sukakan aku pun.
Nabila: Tapi...
Zareen: Tapi apa? Kau juga yang kasar dengan aku. Aku tak bantah kau benci aku.
Nabila: .......
Zareen: Nabila? Kau okey? Maafkan aku kalau kata-kata aku menyakiti kau.
Nabila menitiskan air mata. Ternyata Zareen masih menyayanginya. Tapi, dia takut untuk berterus terang.
Nabila: Zareen, mengapa kau selalu baik pada aku?!
Zareen: Sebab aku mencintai kau...
Nabila: Tapi aku tak mencintaimu!
Zareen: Entahlah... Dahlah, buat apa kita cakap pasal cinta? Bulan depan aku balik.
Nabila: Betul?!
Zareen: Ya. Nasib baik aku dapat balik sebelum keputusan diumumkan.
Nabila: Oh, kirim salam dekat parents kau, ya!
Zareen: Okey... Kau ada contact Irfan tak?
Nabila: Eh, Irfan-kan tengah dilamun cinta dengan Sarah. Kau tak tahu?
Zareen: Betul ke? Ewah, ewah Irfan. Rupa-rupanya dia suka dengan Sarah selama ni. Aku yang jatuh cinta dulu, dia yang bercinta dulu. Apa nak jadilah...
Nabila: Kau suka Sarah?
Zareen: Eh, mana ada! Hanya seorang bertakhta di hati... (senyum)
Nabila: Siapa?
Zareen: Kaulah! Hehehe. Ila, aku keluar dulu, ya. Wassalam.
Zareen keluar dari ruangan chatting. Zareen termenung. 'Mungkin dia pun sukakan aku tak?' fikirnya. Zareen akhirnya pulang ke Malaysia. Hari keputusan SPM diumumkan, dia ke sekolah bersama-sama dengan Irfan. "Fan, Sarah sihat ke?" usik Zareen. "Weh, macam mana kau tahu ni?" bisiknya. "Nabila beritahu," Zareen tersengih. "Kau dah berbaik dengan Nabila?" soal Irfan. "Entah. Dia tiba-tiba mesej aku. Takkan aku nak tunjuk sombong aku," balas Zareen. "Sekali-sekala kau tunjuklah ego kau tu," Irfan cuba menghasut. "Dahlah. Kau ni makin mengarut!" Zareen memukul lengan Irfan. Setelah itu, mereka bersama-sama melihat keputusan. "Alhamdulillah, aku dapat 15 1A! Kau, Fan?" mata Zareen bersinar-sinar. "Aku pun sama dengan kau!" mereka berdua berpelukan. Sebentar kemudian, mereka terdengar pengumuman meminta bekas pelajar 5 Alpha berkumpul di bilik darjah 5 Alpha. Mereka bergegas ke kelas kesayangan mereka. Zareen menjeling ke arah Irfan sebaik melihat Sarah di dalam kelas. "Kenapa tengok aku macam tu, Reen?" soal Irfan, pura-pura tak tahu. "Kura-kura dalam perahu!" Zareen mengusik. "Zareen, lama tak jumpa!" kata Farisha, penolong kelas. Zareen dapat mengecam wajah Nabila dilanda cemburu. "Farisha, sayang! Lama tak jumpa. Awak dapat berapa?" Zareen pura-pura mesra dengan Farisha. "Kita buat-buat mesra, ya! Saya nak tengok sejauh mana Nabila 'cemburu' pada awak. Hehehe," bisik Zareen ke telinga Farisha. "Jahatlah awak ni!" Farisha memukul bahu Zareen. Mereka kemudiannya ketawa terkekek-kekek. Lucu apabila melihat wajah cemburu Nabila. Nabila berlari keluar dari kelas. Matanya berair. "Thanks, Farisha! Saya ada tugas ni! Pergi dulu! Jasamu dikenang," Zareen sempat melambai Farisha sebelum pergi mengejar Nabila. Sungguh, Farisha memang banyak membantunya tetapi hanya sebagai kawan. "Nabila...! Tunggu!" laung Zareen. Dia sempat memaut tangan Nabila. "Kenapa kau terlalu ego?!" Zareen bersuara. Nabila memalingkan wajahnya ke arah Zareen. "Aku dah lama mencintai kau. Aku tahu kau pun mencintai aku, kan? Kenapa kau tak pernah nak mengaku kau suka aku?" Zareen menyoal Nabila bertalu-talu. Pautannya pada tangan Nabila belum dilepaskan. "Lepaskan aku..!" Nabila bersuara. Dia kemudiannya merentap tangan Zareen. "Aku tak cintakan kau! Jadi, kau tak payah nak cari aku lagi lepas ni!" air mata Nabila bercucuran.
"Kalau kau tak cintakan aku, kenapa kau pergi macam tu je bila tengok aku dan Farisha bermesra-mesra?" soalan Zareen tidak dapat dijawab. Nabila berlari meninggalkan Zareen. Zareen tidak putus asa mengejar. Sewaktu turun tangga, Zareen tergelincir dan jatuh tergolek. "Zareen...!!!!!!!!" jerit Nabila. Dia mendekati Zareen. Kepala Zareen sedikit berdarah. "Aduh..." Zareen menggosok-gosok kepalanya. "Kau okey?" tanya Nabila. "Aku okey atau tak, kau kisah ke?" Zareen berdiri dan ingin kembali ke kelas 5 Alpha. "Reen, kau marah aku?" soal Nabila. "Ila, aku marah kau ataupun tidak, aku rasa kau tak kisah pun," jawab Zareen sambil menggosok-gosok lengannya yang turut berdarah. "Tak, kau salah! Aku kisah... Kau kan kawan aku?" Nabila masih tidak mengakui perasaannya terhadap Zareen. "Kalau macam tu, jomlah kita ke kelas," Zareen mengatur langkah ke kelas 5 Alpha. "Reen, apa hal darah-darah ni?" soal Irfan, terkejut. Zareen hanya tersenyum. Dia mengeluarkan sapu tangannya dan mengesat darah yang masih ada. "Apa hal kita berkumpul di sini?" soal Zareen kepada Farisha. "Oh, Cikgu Fauziah nak jumpa kita semua," Farisha menjawab sambil melihat Zareen dengan hairan. "Kenapa dengan awak? Macam luka je?" Farisha yang sememangnya penolong kelas yang prihatin itu bertanya. "Oh, tak ada apa-apalah. Eh, tu Cikgu Fauziah," ujar Zareen. Puan Fauziah memandang Zareen dengan pelik. "Kenapa, cikgu?" tanya Zareen. "Kenapa luka-luka ni? Nampak macam baru," soal Puan Fauziah. "Oh, saya jatuh tadi," Zareen tersenyum. Pelajar-pelajar perempuan bersalaman dengan Puan Fauziah. "Tahniah saya ucapkan kepada kamu semua. Keputusan kamu semuanya cemerlang. Dan kepada Nabila, Sarah, Irfan, Zareen dan Farisha, tahniah! Kamu berlima pelajar cemerlang negeri kita!" Puan Fauziah berasa bangga dengan pencapaian anak-anak didiknya. "Terima kasih, cikgu," Zareen mewakili rakan-rakannya. "Sama-sama. Saya terpaksa pergi dulu," kata Puan Fauziah lalu meninggalkan bekas pelajar 5 Alpha.
Pelajar-pelajar lain semuanya sudah bersurai kecuali lima pelajar cemerlang itu. "Kenapa tak balik lagi, Farisha?" soal Zareen. "Oh, saya ada hal dengan pengetua. Saya pergi dulu, ya. Awak jaga diri. Kalau ada waktu, kita boleh jumpa lagi!" ujar Farisha girang. Nabila benar-benar rasa tercabar dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Zareen dan Farisha. "Farisha! Kenapa awak baik sangat dengan Zareen, hah?!" Nabila tiba-tiba bersuara. "Maaflah kalau awak cemburu. Tapi saya dan Zareen tak ada apa-apa hubungan istimewa. Kami hanya berkawan. Saya rasa Zareen ni terlalu baik, dan saya melayannya dengan baik. Saya pergi dulu, ya," kata Farisha lalu beredar meninggalkan mereka berempat. "Risha, tunggu kejap. Saya nak bagi awak rantai ni," Zareen menghalang Farisha. Nabila hampir pengsan melihat kejadian itu. "Saya nak awak bagi dekat Nabila nanti. Tolong, ya," bisik Zareen. "Jom, saya temankan awak ke bilik pengetua," Zareen beriringan dengan Farisha ke bilik pengetua. "Reen, tak baik awak buat Nabila macam tu. Dia tu cemburu, tahu! Awak ni tak faham perasaan perempuan ke? Kalau saya jadi Nabila, dah lama saya tumbuk awak," marah Farisha. "Eleh, mentang-mentang awak belajar taekwando! Saya pun tahu bersilat, tau!" Zareen berseloroh. "Ni bukan soal taekwando atau silat, ni soal hati dan perasaan!" Farisha meninggikan suara. "Sebab soal perasaanlah saya buat macam ni. Takkan asyik saya je nak jaga hati Nabila, dia? Dia langsung tak jaga hati saya," Zareen bersuara lemah. Farisha serba salah. "Tak apalah. Awak pergilah bilik pengetua. Saya nak ambil angin di pondok bacaan," kata Zareen lalu terus menuju ke pondok bacaan utama.
Setelah selesai berurusan dengan pengetua, Farisha mencari-cari kelibat Nabila. Nabila, Sarah dan Irfan sedang makan di dewan makan. Dia menuju ke arah mereka. "Assalamualaikum. Sedapnya makan, tak ajak saya pun?" tegur Farisha. "Waalaikumussalam," jawab Irfan dan Sarah serentak. "Awak buat apa di sini? Mana Zareen, kekasih awak tu?!" soal Nabila keras sekali. "Sabar dulu, Nabila. Saya ada sesuatu nak bagi dekat awak," Farisha mengeluarkan seutas rantai tertulis nama 'ZAREENABILA'. "Ni, Zareen saja buat gimik tadi. Dia malu nak bagi dekat awak sendiri. Saya hanya orang tengah," Nabila menyambut rantai yang dihulur. Dia menitiskan air mata. "Mana Zareen?" soal Irfan. "Di pondok bacaan utama. Tapi kalau dia dah balik, saya tak tahulah pula. Eh, dah lewat ni. Saya balik dulu, ya! Ila, jangan hampakan Zareen. Saya tengok dia dah mula putus asa," kata Farisha lalu beredar. "Zareen..." keluh Nabila. "Nabila..." entah sejak bila tiba-tiba Zareen ada di belakang Nabila. "Kenapa kau tak pernah mengaku kau sukakan aku?" Zareen menyoal. "Sudah kukatakan, aku tak sukakanmu!" tegas Nabila. "Nabila, mengaku jelah..." Sarah bersuara. "Kau DIAM, SARAH!" jerit Nabila sambil air matanya tidak henti-henti mengalir. "Nabila, kau hanya ada dua pilihan. Kau mengaku, aku akan terus di Malaysia. Kalau tak, aku akan ikut keluarga aku berpindah ke Jepun," kata-kata Zareen membuatkan Nabila tersentak. Begitu juga Irfan. "Aaa...awak nak pindah?" tiba-tiba Nabila menukar panggilan 'aku-kau' ke 'saya-awak'. "Ya, saya akan pindah jika awak tak nak mengaku," Zareen tersenyum. Nabila sudah mula merah pipinya kerana terlepas cakap. "Baiklah, saya mengaku... I love you so much!" makin merah pipi Nabila. "Good girl!" Zareen menunjukkan two thumbs up. "Jom balik," ujar Zareen. "Pak Mat dah tunggu," tambahnya lagi. Mereka berempat pun pulang dihantar oleh Pak Mat.
Zareen memberitahu keluarganya dia akan menetap di Malaysia. Keluarganya juga mengikut kehendaknya. Mereka tahu Zareen takkan tinggalkan Nabila yang dah lama disukainya. Dah bertahun-tahun Zareen cuba dapatkan Nabila, namun akhirnya dia berjaya juga. Ibu Zareen, Puan Sabrina sudah lama mengenali Nabila, iaitu anak kepada teman karibnya, Puan Zunaida. Mereka juga tahu perkembangan hubungan anak-anak mereka itu. Mereka juga berhajat mahu menjodohkan Zareen dan Nabila kelak. Nabila pula tidak pernah membuang rantai yang diberikan Zareen yang tertulis 'ZAREENABILA'. Zareen, Irfan, Nabila dan Sarah bersama-sama melanjutkan pelajaran ke universiti yang sama juga dalam bidang yang sama.
THE END
|