0

Cerita Serunding Daging

Posted by hakim.... on Tuesday, September 15, 2009 in
salam,

cerita ni aku pon luper dari mner aku dpat,yg psti korang terhibur.

Hari tu aku ikut mak jalan-jalan belakang rumah.Mula-mula ingatkan mak sabit rumput ke buat reban ayam atau buat perabot.(antara hobi mak)Tapi rupa-rupanya mak pergi kupas buah kelapa.Biasanya kalau dah kupas berbiji-biji ni adalah menu special mak nak buat tu.

Selepas disoal siasat rupanya mak nak buat serunding daging.Bukan selalu mak nak buat serunding,hari-hari istimewa je.Mesti untuk hari raya yang tak lama lagi ni.Mak buat sendiri menu raya.Jangan harap dia nak beli termasuk la baju raya aku.Kalau mak pandai buat kasut dah tentu kasut aku berjenama 'ZAINAB'.

Resipi nak buat serunding daging ni setahu aku cuma perlu santan,daging lembu,cili kering,bawang dan rempah-rempah lain.Ini setahu aku la,pasal aku tau makan je janji sedap.Abang dan kakak aku pula bila tahu mak ada projek ni,masa tu la diorang nak cilok menyelamatkan diri.Masa tu la nak ada kelas tambahan la,nak pergi Pandu Puteri,nak tolong kambing jiran beranak,macam macam la alasan mereka.Nak harapkan aku apa sangat boleh tolong.

Biasanya bila mak buat serunding mesti masak dalam kuali besar punya.Keluarga ramai kenalah masak banyak.Nak bagi kat saudara-mara lagi.Masa ni la nak promosi masakan sendiri,Untung-untung dapat balasan.Nak buat serunding ni bukan senang ni bukan senang macam masak nasi dalam periuk letrik.Perlukan pengorbanan masa dan tenaga .Cara membuatnya puan-puan,tumiskan bawang dan rempah tadi lepas tu masukkan santan dan daging.Kacau la sampai kering dalam 2 ke 3 jam gitu.Lama jugakkan?tu yang tak ramai nak tolong tu.

Biasanya ,masa awal-awal masak takde orang tapi bila dah nak siap masak tu ramai pulak yang nak membantu dengan harapan dapat la merasa sikit.Serunding ni untuk hari raya,bukan untuk kendurikan masa tu jugak,jadi 'sorry' la.Kalau nak makan tunggu raya.Lepas mak habis masak,kami adik beradik berpakat-pakat kikis kerak serunding yang melekat kat kuali tu.Dapat la merasa sedikit.

Lepas mak angkat dan sejatkan minyaknya,mak simpan serunding tu dalam tin milo dan diletakkan tinggi-tinggi atas almari.Ini untuk tujuan keselamatan maklum la serunding daging ni sentiasa jadi idaman,takut-takut la dicuri oleh tikus berkepala hitam(orang la tu).

Tetapi macam mana pun terujanya aku dengan menu hari raya mak,bila hari raya teruja lagi aku dengan duit raya.Hinggakan aku terlupa mana letaknya serunding daging ,mana satu ketupat sambal dan mana perginya nasi dagang.Bila dah habis baru aku nyesal tak makan awal-awal.

salam...

|

0 Comments

Copyright © 2009 bueno All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.