0

IMAM ABU HANIFAH (imam yang sangat sabar)

Posted by hakim.... on Friday, July 11, 2008 in
Imam Abu Hanifah merupakan salah seorang daripada imam empat mazhab yang sangat dihormati dan disanyangi oleh umat Islam.Imam Abu Hanifah dikenali sebagai seorang ulama yang luas ilmu agamanya dan sentiasa menjadi rujukan masyarakat di zamanya.Bahkan,Imam Abu Hanifah juga merupakan pengasas kepada Mazhab Hanafi.Imam Abu Hanifah beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga saudagar yang kaya raya di Kota Kuffah.Setelah dewasa, Imam Abu Hanifah mewarisi perniagaan keluarganya dan menjadi saudagar yang berjaya.Tetapi, kekayaan yang dimilikinya digunakan sepenuhnya untuk mencari ilmu pengetahuan dan membantu fakir miskin.Insan yang sentiasa taat perintah Allah SWT dan mencintai rasul-Nya, adalah insan yang jiwanya penuh dengan sifat sifat yang terpuji.Begitu juganya halnya dengan Imam Abu Hanifah yang bukan sahaja seorang warak, tetapi mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.Sifat sabarnya itu jarang dimiliki oleh orang lain.Pernah suatu hari, ketika Imam Abu Hanifah sedang mengajar murid-muridnya di masjid, datang seorang lelaki yang mencercanya dengan kata-kata yang kesat.Tetapi,Imam Abu Hanifah tidak pula memarahi lelaki itu.Sikap mendiamkan diri Imam Abu Hanifah itu menyebabkan lelaki tadi terus-menerus mencercanya.Lalu, Imam Abu Hanifah menangguhkan pengajarannya pada hari itu dan mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumahnya.Sepanjang perjalanan pulang, lelaki tadi masih mengekori sambil mencerca Imam Abu Hanifah.Lelaki itu langsung tidak berasa malu apabila orang ramai melihat kelakuan buruknya itu .Setibanya di rumah Imam Abu Hanifah yang penyabar itu berdiri di pintu dan berkata:''Tuan, ini rumah saya .Jika tuan masih belum berpuas hati dan jika masih ada lagi yang belum luahkan kepada saya,silalah luahkannya sekarang.Keluarkan apa yang terbuku di hati tuan ,supaya tidak ada lagi rasa dendam tuan kepada saya".Mendengar sahaja kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lelaki itu terus tertunduk malu .Lelaki itu terus beredar tanpa berkata apa-apa lagi.

|

0 Comments

Copyright © 2009 bueno All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.